CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 15 August 2008

*health promotion hipertension*

1 - Tajuk : Kesihatan & Promosi Kesihatan Hipertensi

2 -Kumpulan Sasaran : Warga Dewasa & Denghidap Hipertensi

3 - Justifikasi :

saya memilih tajuk ini kerana,

  • Hipertensi merupakan salah satu masalah kesihatan yang paling banyak dihadapi oleh penduduk Malaysia dan juga di negara-negara lain di seluruh dunia. Di Malaysia 15-25% populasi dewasa mempunyai masalah hipertensi.Angka ini semakin meningkat setiap tahun dan ianya boleh berlaku samada di sedari ataupun tidak disedari oleh individu tersebut.

4 - Tujuan Promosi:

  • untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan bahayanya hipertensi
  • memberi maklumat dan pengetahuan seperti cara mengawal dan menangani hipertensi
  • untuk meminimumkan risiko berlakunya hipertensi
  • mengawal hipertensi agar tidak menjadi semakin serius dikalangan pesakit hipertensi

5 - Mesej Kepada Kumpulan Sasaran:

untuk menerangkan,

  • definisi hipertensi
  • komplikasi hipertensi
  • faktor- faktor penyebab
  • simptom - simptom
  • rawatan untuk menstabilkan dan mengelakkan hipertensi

6 - Kaedah Persembahan Promosi:

  • ceramah
  • kiosk tambahan

*Refleksi Compose, Signature, Forward, Reply Dan Carbon Copy*

Untuk mendapatkan maklumat bagi mencari ciri-ciri, perbandingan serta persamaan antara:

1. signature dan compose
2. forward, reply dan carbon copy

saya menggunakan kaedah melayari internet dalam pelbagai laman web seperti In email, what is a signature? - Knowledge Base, Composing and Sending Email Messages: Introducing the Compose Page, Reply to or forward a message - Outlook - Microsoft Office Online.

selain itu, saya turut menggunakan critical thinking untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan yang diberi.

*kaedah mengubahsuai signature*

cara-cara yang digunakan untuk mengubahsuai signature adalah seperti:

Pertama - log in ke Yahoo! e mail
Kedua - klik di kotak opsyen
Ketiga - kemudian klik di kotak signature

Setelah itu, pengguna boleh mengubahsuai sebarang maklumat (seperti penambahan alamat blog atau group) yang tersimpan dalam kotak mesej yang sedia ada.

Friday, 8 August 2008

Hipertensi (Health Education)

*Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)*

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb 2001:

- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 tahun
- 90% boleh dikawal dengan diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Faktor Risiko/Sebab :

- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN?

1- Kategori Sistolik/Diastolik:

*Normal Kurang daripada 130/85. Periksa semula dalam masa 2 tahun.
*Normal Tinggi130-139 / 85-89 Periksa semula dalam masa 1 tahun; ubah gaya hidup
*Hipertensi Peringkat 1: 140-159 / 90-99 Sahkan dalam 2 bulan; ubah gaya hidup
*Peringkat 2: 160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dalam masa sebulan
*Peringkat 3: 180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dalam masa seminggu
*Peringkat 4: 210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

TANDA GEJALA/SIMPTOM YG BIASA:

1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Tegang tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara tiba-tiba
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK:

- Serangan Iskemia Sementara (TIA) -
* "Strok kecil" yg datang sekejap sahaja dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak. * Dalam masa 5 tahun, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koordinasi kurang baik.

DUA JENIS STROK ASAS:

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan.
'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET:

1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Elak makanan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging.
3. Elak makanan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kulit ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok.
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi!: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai.

MAKANAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI:

1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit.
3. Kekacang, soya, dal dan dll.
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (Brokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, panggang, jarang-jarang goring.

UBAH GAYA HIDUP:

1. Hindari pil perancang
2. Berhenti merokok
3. Tidak mengambil alkohol
4. Elakkan ketegangan (Stress)
5. Amalkan Senaman

Signature & Compose

Ciri-ciri signature :

*memaparkan pengenalan diri kita setiap kali hantar emel
*memudahkan kita (tidak perlu menaip identiti kita setiap kali menghantar emel
*boleh dan digalakkan dalam urusan rasmi

Ciri-ciri compose :

*boleh digunakan untuk urusan tidak rasmi
*isi kandungan teks adalah pelbagai

persamaan kedua-dua perkara di atas ialah boleh menghantar mesej secara 'online' (emel) dan kedua-dua ada dalam satu teks.

Yahoo! Mail & Yahoo! Group

persamaan:

*kedua-duanya menawarkan perkhidmatan penghantaran dan membaca e mail sambil menyertai forum bersama ahli-ahli lain

perbezaan:

*perkhidmatan e mail dan forum Yahoo! Mail boleh melibatkan kesemua ahlinya tanpa batasan
*Yahoo! Group hanya terbatas kepada ahli tertentu iaitu ahli yang mendaftar di bawah sebuah group yang mengkhususkan ahlinya.

Forward & Reply

persamaan:

*membolehkan ahli menghantar mesej atau jawapan kepada ahli lain bertujuan memaklumkan mereka

perbezaan:

*forward bertujuan menghantar maklumat sama yang telah diterima daripada pengguna lain kepada seorang ataupun ramai
*reply ialah kita memberi tindakbalas ataupun menjawab mesej yang telah diterima
*reply hanya dikirimkan untuk pengguna e mail yang berkenaan sahaja

Carbon Copies & Forward

persamaan:

carbon copies dan forward membolehkan pengguna e mail mengirim mesej kepada pengguna-pengguna lain.

perbezaan:

cc dikirimkan pada waktu yang sama original copy dikirim
cc hanya boleh dikirimkan kepada seorang pengguna e mail sahaja
forward digunakan apabila seorang ahli e mail menerima sebuah mesej. Ahli tersebut kemudiannya akan menghantar mesej yang sama atau ditambah maklumat yang baru kepada ahli-ahli lain
forward boleh dikirimkan kepada ramai pengguna e mail.