CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 8 August 2008

Hipertensi (Health Education)

*Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)*

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb 2001:

- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 tahun
- 90% boleh dikawal dengan diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Faktor Risiko/Sebab :

- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN?

1- Kategori Sistolik/Diastolik:

*Normal Kurang daripada 130/85. Periksa semula dalam masa 2 tahun.
*Normal Tinggi130-139 / 85-89 Periksa semula dalam masa 1 tahun; ubah gaya hidup
*Hipertensi Peringkat 1: 140-159 / 90-99 Sahkan dalam 2 bulan; ubah gaya hidup
*Peringkat 2: 160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dalam masa sebulan
*Peringkat 3: 180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dalam masa seminggu
*Peringkat 4: 210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

TANDA GEJALA/SIMPTOM YG BIASA:

1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Tegang tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara tiba-tiba
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK:

- Serangan Iskemia Sementara (TIA) -
* "Strok kecil" yg datang sekejap sahaja dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak. * Dalam masa 5 tahun, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koordinasi kurang baik.

DUA JENIS STROK ASAS:

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan.
'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET:

1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Elak makanan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging.
3. Elak makanan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kulit ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok.
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi!: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai.

MAKANAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI:

1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit.
3. Kekacang, soya, dal dan dll.
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (Brokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, panggang, jarang-jarang goring.

UBAH GAYA HIDUP:

1. Hindari pil perancang
2. Berhenti merokok
3. Tidak mengambil alkohol
4. Elakkan ketegangan (Stress)
5. Amalkan Senaman

0 comments: